sepangjang aku bertunang dengan si dia pilihan ak sendiri.. macam dugaan yang kami tempuh. Adakalanya aku merasa sunyi, kadang2 aku terasa aku lah orang yang paling bahagia di dunia niew... hanya Tuhan saja yng tahu..
Saturday, November 19, 2011
salam perkenalan..
Posted by azlyn at 6:14 AM 2 comments
Tuesday, July 26, 2011
................!!!!!!
nan cerah?
‘Peribadi’ itu telah menentukan setiap makhluk nasibnya
Bolehkah gunung dengan usahanya menjadi rumput?
Para nabi itu menjawab: Sesungguhnya Allah menjadikan setengah-setengah sifat dalam diri kamu yang kamu tidak boleh mengubahnya tetapi Ia menjadikan setengah sifat-sifat mendatang, yang kerana ia tidak baik, boleh diubah menjadi baik
Menyuruh batu menjadi emas itu mustahil
Tetapi tembaga menjadi emas itu boleh
Suruh bunga Padang pasir menjadi bunga ros itu tidak mungkin
Suruh debu menjadi lumpur itu dalam kemampuannya
Posted by azlyn at 2:36 AM 0 comments
semakin rindu... semakin asyik...
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Posted by azlyn at 2:27 AM 2 comments
Monday, July 18, 2011
!!!!!!!!!!!
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.......
Posted by azlyn at 10:02 PM 0 comments
Thursday, July 7, 2011
................!!!!!
Posted by azlyn at 11:13 PM 2 comments
Wednesday, June 22, 2011
azammil.......
kenapa??? kenapa???? kenapa????......
setiap hari aku menunggu mu....
setiap saat aku menanti mu....
Posted by azlyn at 6:10 PM 1 comments
Tuesday, June 21, 2011
rapuh...
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
lagu yang menyentuh hati......
Posted by azlyn at 6:16 PM 0 comments
badminton....
badminton...huhuhu,macam2 la. 25/6 niew..ada perlawanan badminton. macam-macam skill la diaorang bagi...
thanks kepada abang2 bahagian operasi yang sabar mengajar kami....
Posted by azlyn at 6:12 PM 0 comments
Saturday, June 11, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Teka Teki Teka Tekuk....
1.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?
2.Buta apakah yang boleh nampak?
3.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?
4.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?
5.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?
6.Kenapa idung lembu berair?
7.Burung apakah yang paling penyayang?
8.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?
9.Lembu apakah yang selalu dicari?
10.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?
11.Bom apakah yang tak pernah meletup?
12.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta? fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...
Posted by azlyn at 8:26 PM 0 comments
Peribahasa Melayu.....
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
Posted by azlyn at 7:28 PM 0 comments



